[IKLAN] PROGRAM AMAL KAU DIHATIKU 2


Komuniti Teman Inteam (KTI) dengan ini mempersembahkan
sebuah program amal anak yatim
yang membariskan
INTEAM, ahli-ahli KTI, teman-teman bukan KTI,
serta penampilan khas
Anak-anak Yatim Baitu Saidati Khadijah


Program ini akan menemui anda
pada
21 November 2009
Hari Sabtu
Dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Bertempat di
Rumah Anak Yatim Baitu Saidati Khadijah.


Yuran program RM25.00 seorang.
Maklumat lanjut, layari forum KTI,
www.inteam.com.my


Pastikan anda tidak ketinggalan menyertai program yang sungguh menarik ini.

Terhad kepada 30 peserta yang membuat pembayaran awal sahaja.
Beraktiviti sambil beramal.

[IKLAN] KONSERT OPICK feat INTEAM


Konsert Opick feat Inteam

Ahad, 22 November 2009
8.00 malam
Kompleks Serbaguna TNB, Bangsar.

Tiket:Dewasa RM15.00, Pelajar RM10.00

Hubungi:
019-2679294
019-6241965

HUJAN: BERSABARLAH




Sewaktu kecil, bila hujan turun dengan lebat, saya sering mengeluh, “Mengapa hujan turun?” tanpa saya sedari secara tidak langsung saya telah mengeluh pada suatu kejadian ALLAH SWT.

Bila saya pinta supaya hujan berhenti, saya sebenarnya telah berlaku tidak adil pada alam, pada tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan yang memerlukan hujan sebagai sumber air mereka. Saya lupa hujan itu rahmat buat alam, ia membasahi tanah yang kering, membekalkan air kepada tumbuh-tumbuhan, menjadi air minum buat haiwan-haiwan dan juga sebagai sumber air kepada kita juga untuk memenuhi keperluan hidup.

Sekarang bila hujan turun dengan lebat tika mana saya harus menyelesaikan sesuatu urusan, saya tidak lagi mengeluh… Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Alam juga berhak untuk menerima rahmat ALLAH. Saya hidup di bumi ini bukan berseorangan tetapi saya berkongsi alam ini dengan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta hidupan lain yang juga ciptaan ALLAH Yang Maha Esa. Justeru, saya memilih untuk bersabar sehingga hujan kembali reda dan seusai itu saya kembali meneruskan kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi….

HAPPY BIRTHDAY AMIN INTEAM




Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran buat Amin Inteam. Semoga ALLAH SWT mengurniakan keberkatan umur kepada beliau, mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada beliau sekeluarga serta memberi kesihatan yang baik kepada beliau sekeluarga.

Tidak dilupakan kepada keluarga bahagia Amin Inteam, semoga keluarga bahagia ini kekal ke syugra dan mendapat perlindungan dari ALLAH SWT.


Husaini Hussein.
Saf Kepimpinan KTI 2009
Komuniti Teman Inteam.

DOA BUAT SAUDARA MUJAHID DAN ISTERINYA


Saya mendapat berita dari Saudari raihan Mustapa Kamal bahawa sahabat saya, Saudara Abdullah Mujahid Hasanuddin dan isteri, Saudari Nihlah telah dimasukkan ke wad di Hospital Ampang Puteri setelah disahkan positif H1N1. Isteri Saudara Mujahid dikhabarkan juga sedang mengandung anak sulung mereka pada ketika ini. Sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT semoga Saudara Mujahid serta keluarganya kembali sihat seperti sediakala dan diselamatkan ALLAH SWT dari sebarang bala bencana. ameen.


Husaini Hussein
Law Students' Society 2009/2010


ALL THE BEST IN YOUR FINAL EXAM!



To all my friends especially AIKOLIAN and KTI,

All the best in your final exam. May ALLAH SWT bless you and guides you in your examination.

Ad'ukum bittaufiq wannajah fil imtihan.

Husaini Hussein

MEMANAH DI STAR ARCHERY

Selesa dan kontemporari.


'Posing' selepas memanah. =)



Pada suatu hari di bulan Oktober, saya telah berpeluang untuk pergi ke Star Archery di Sunway Pyramid, Selangor. Kenalan saya menang kuiz di sebuah majalah lelaki popular terbitan Karangkraf, Majalah Maskulin. Seronok jug adapt peluang memanah di Star Archery, tambahan pula PERCUMA! Hehe. Tempat yang selesa dan peralatan yang tidak terlalu sukar untuk dikendalikan menjadikan kami berasa teruja untuk kembali lagi ke tempat itu kelak. Bagi yang baru mula nak menggunakan peraltan disitu, terdapat jurulatih yang akan membantu memberi tunjuk ajar. Kepada mereka yang berminat untuk memanah di Star Archery, bolehlah berkunjung ke Sunway Pyramid. Harga bagi 12 batang anak panah hanya RM9.00 sahaja.

p/s: Saya punyai hasrat untuk mengajak teman-teman KTI untuk ke sana suatu hari nanti…

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DR ZAINUDDIN JAAFAR

Saya menzahirkan ucapan takziah kepada sahabat saya di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL), Saudari Ulfah Mansurah dan keluarga di atas pemergian ayahandanya, Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar yang kembali ke rahmatullah petang tadi.

Belasungkawa: Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar

Ringkasnya Allahyarham merupakan bekas Dekan di Pusat Matrikulasi UIAM sekitar tahun 1994. Allahyarham pernah menjadi Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebelum berkhidmat sebagai Pensyarah Undang-undang di Universiti Brunei Darussalam. Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Penasihat Syariah bagi CIMB Bank. Saya berpeluang bertemu allahyarham pada tahun 2003 ketika beliau diamanahkan menjadi Yang Dipertua PIBG Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Allahyarham juga adalah mantan Exco ABIM.

Marilah sama-sama berdoa agar Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH swt. Ameen.

Semoga Saudari Ulfah Mansurah dan keluarga tabah dan redha dengan pemergian allahyarham.

Info: Dipetik dari Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Mohamad Husaini Bin Hussein

DETIK KEMATIAN by INTEAM


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

LAGU:FRIZDAN
LIRIK :FRIZDAN
ALBUM: NUR INSANI

TAKBIR RAYA ASTRO OASIS 2

Saya turut terlibat dalam rakaman Takbir Raya Astro Oasis yang melibatkan Inteam, Allahyarham Ust Asri Rabbani, Ust Akhil Hayy, Ust Zulkarnain, Azwan Far East, sahabat-sahabat Komuniti Teman Inteam (KTI) dan ramai lagi. Rakaman ini dijalankan di Masjid Al-Falah, USJ, Selangor.

Saya duduk belakang sekali, berbaju kuning. =)

TAKBIR RAYA ASTRO OASIS 1

Saya turut terlibat dalam rakaman Takbir Raya Astro Oasis yang melibatkan Inteam, Allahyarham Ust Asri Rabbani, Ust Akhil Hayy, Ust Zulkarnain, Azwan Far East, sahabat-sahabat Komuniti Teman Inteam (KTI) dan ramai lagi. Rakaman ini dijalankan di Masjid Al-Falah, USJ, Selangor.

Saya duduk belakang sekali, berbaju kuning. =)

KTI DI SINAR HARIAN

Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Selangor, Jumaat, 9.Oktober.2009.



Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Selangor, Rabu, 6.Oktober.2009.

[IKLAN] KONSERT TRIBUTE TO USTAZ ASRI


KONSERT TRIBUTE TO USTAZ ASRI IBRAHIM

Menampilkan penasyid ternama tanahair seperti Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, Saujana, Far East dan Syifa'.

Butiran konsert:

Tarikh: 13 Oktober 2009
Hari: Selasa
Masa: 8.30pm
Tempat: Dewan CAC, UIAM Kampus Gombak.
Tiket: RM7.00


Tempahan tiket? Hubungi:
Nazlie(014-5077297), Husna(013-3441649), Rizudin(019-6038009) & Nabila(012-2713006)

Muhasabah Cinta - edCoustic

PAGI 1 SYAWAL DI HOSPITAL

Gambar katil di hospital pada hari raya ke-3, beberapa minit sebelum discaj dari hospital.


Ubat-ubatan yang perlu saya ambil selepas discaj nanti.


Sehari suntuk saya terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan ini.


Doktor memasukkan ubat cecair melalui saluran di tangan saya.


Ia akan jadi teman setia saya mulai hari ini.